I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 16 January 2012

Kisah cinta

Cinta ..
Hadirmu tanpa ku duga..
Dikala sepi mengisi jiwa..
Datangmu ibarat cahaya purnama.
Alangkah indahnya kala bersama..
Menyulam janji tiada hujungnya..
Rindu..
Kau buat hatiku tidak menentu..
Lemas dalam kenangan bersamamu..
Bayangan wajahmu menghiasi hariku..
Tak dapat ku tahan perasaan itu..
Sendiri disini berteman rindu...
Kasih..
Hadirmu memberi sejuta makna..
Satu rasa tiada taranya..
Hadirmu disisi membawa ceria..
Memberi sinar cahaya bahagia..
Menerangi gelap taman gelita..
Lara..
Ketika cinta mekar kuntumnya..
Mengapa kau siram dengan racun berbisa..?
Pergimu tanpa sebarang kata..
Hilangmu tanpa khabar berita..
Meninggalkanku bersama derita dan sengsara..
Musnah..
Ikatan janji terlerai akhirnya..
Harapan kau beri palsu rupanya..
Cinta, rindu kasih dan lara..
Biarpun kisah cinta kita bertemu noktahnya..
Kenangan semalam ku patrikan dijiwa..
Buat pedoman esok yang tiba..
Tahun ke tahun bersilih ganti..
Sembuh dihati kekal parutnya..
Tidakku mahu terluka lagi...
Biarlah ku sendiri tanpa arjuna..
Hanya satu perlu kau tahu..
Kau yang pertama menakluki hati..
Juga yang pertama melukai hati..
Dan kini..
Tiada ruang untuk kau kembali..
Semalam tidak akan sama dengan hari ini..
Pintu hatiku telah terkunci..
Buat insan hati berduri...

terima kasih coz baca sampai habis...amacam best tak??komen ckit..

1 000000 komen entry aque..:

Romina Kajuice said...

fuhhh..jiwangnya dia bah..:D keep trying gurls...